Pakar Kaki Palsu Bawah Lutut • Lebih 10 Tahun PengalamanKonsultasi Percuma • Klang, Selangor

Kaki Palsu Berkualiti &Mampu Milik di Malaysia

Kaki palsu bawah lutut yang dibuat secara custom mengikut ukuran, keadaan kaki dan keperluan harian anda.

KAKI PALSU BAWAH LUTUT

Pilih Pakej Kaki Palsu Bawah Lutut Anda

Kami menyediakan dua pilihan pakej mengikut keperluan, keselesaan dan bajet. Setiap kaki palsu dibuat mengikut ukuran pengguna.

Poster Pakej Basic Fadlyani dengan kaki palsu bawah lutut dan komponennya

BAWAH LUTUT · BASIC

Pakej Basic

RM3,800

PTB Socket + Pelite Liner

Pilihan praktikal dan lebih ekonomi, lengkap untuk kegunaan harian.

Lihat semua komponen pakej
  • Pelite Liner
  • PTB Socket Prosthesis
  • Socket Adapter
  • Pylon with Female Adapter
  • Single Axis Foot Adapter
  • Single Axis Foot
  • Cosmetic Cover
  • Knee Sleeve
  • Cosmetic Sock
  • Comfort Gel Sock
  • Stump Sock
Saya Nak Pakej Basic
Poster Pakej Comfort Fadlyani dengan kaki palsu bawah lutut dan komponennya

BAWAH LUTUT · COMFORT

Pakej Comfort

RM6,500

Pin & Lock + Silicone Liner

Silicone Liner dengan sistem Pin & Lock untuk pegangan yang lebih kemas dan mudah dipakai.

Lihat semua komponen pakej
  • Pin & Lock Silicone Liner
  • Pin & Lock Socket Adapter
  • 4-Hole Socket Adapter
  • Pylon Adapter
  • Pylon with Female Adapter
  • Single Axis Foot Adapter
  • Single Axis Foot
  • Cosmetic Cover
  • Knee Sleeve
  • Cosmetic Sock
  • Stump Sock
Saya Nak Pakej Comfort

Basic atau Comfort — mana yang sesuai? Basic menggunakan PTB Socket dan Pelite Liner; Comfort menggunakan Silicone Liner dengan Pin & Lock. Tak pasti nak pilih yang mana? Tanya kami melalui WhatsApp →

CARA KAMI BEKERJA

Proses Membuat Kaki Palsu

Setiap kaki palsu dibuat mengikut ukuran dan keadaan individu. Kami terangkan pilihan sistem yang tersedia supaya anda dan keluarga boleh membuat keputusan mengikut keperluan dan bajet.

Buat Temujanji
  1. 01

    Hubungi Kami

    WhatsApp kami dan ceritakan keadaan atau keperluan anda.

  2. 02

    Penilaian

    Kami akan melihat keadaan baki anggota kaki, mengambil ukuran dan memahami aktiviti harian anda.

  3. 03

    Ukuran & Casting

    Ukuran atau acuan dibuat untuk menyediakan socket yang sesuai.

  4. 04

    Pembuatan & Fitting

    Kaki palsu disediakan dan disesuaikan mengikut ukuran pengguna.

  5. 05

    Pelarasan & Susulan

    Pelarasan dan pemeriksaan susulan boleh dibuat mengikut keperluan.

SERVIS TAMBAHAN

Produk & Servis Lain

Selain kaki palsu bawah lutut, kami turut menyediakan pilihan prostetik lain dan penjagaan kaki.

Pakej Big Boss kaki palsu atas lutut dan komponennya

ABOVE-KNEE PROSTHESIS

Kaki Palsu Atas Lutut

Pakej Big Boss · RM10,000

Pakej kaki palsu atas lutut dengan Silicone Liner, sistem Pin & Lock serta pilihan lutut 4-Bar atau Auto-Lock, mengikut penilaian.

Lihat semua komponen pakej
  • Silicone Liner Pin & Lock (Above Knee)
  • Thermoplastic Above-Knee Socket
  • Pin & Lock Socket Adapter
  • 4-Hole Female Adapter
  • 4-Bar Knee System / Auto-Lock Knee
  • Pylon 420 mm (Above Knee)
  • Single Axis Foot Adapter
  • Single Axis Foot
  • Cosmetic Cover
  • Cosmetic Sock
Tanya Pakej Above Knee
Contoh kemasan kosmetik silicone cover untuk tangan

COSMETIC SILICONE COVER

Tangan, Kaki dan Jari Silicone

Kemasan silikon custom untuk jari tangan, jari kaki atau separa kaki. Gambar menunjukkan contoh kemasan untuk tangan.

Jari kaki atau separa kaki: bermula RM1,800

Harga bergantung pada jumlah jari yang diperlukan, keadaan kaki semasa, serta kualiti dan jenis kemasan yang dipilih.

Untuk penilaian awal, hantar gambar keadaan kaki semasa. Kami akan cadangkan pilihan yang sesuai dan anggaran harga selepas melihatnya.

WhatsApp Untuk Penilaian
Sepasang kasut diabetik hitam bersama custom insole dan toe filler berwarna coklat

PENJAGAAN KAKI

Kasut Diabetik Custom, Insole & Toe Filler

Untuk kes kehilangan sebahagian tapak kaki atau jari kaki, kami menyediakan kasut bersama custom insole dan toe filler mengikut keperluan pengguna.

Insole dan toe filler membantu menyokong kaki di dalam kasut, mengisi ruang bahagian yang hilang, mengurangkan pergerakan kaki dan membantu mengurangkan risiko perubahan bentuk kaki. Sesuai untuk kegunaan harian supaya lebih stabil dan selesa ketika berjalan.

Custom Insole + Toe Filler
RM500 sepasang
Kasut Diabetik
RM400
Kasut Diabetik Custom-Made
RM1,500
Tanya Tentang Kasut Custom

KAKI PALSU SEDIA ADA

Socket dah longgar?

Perubahan saiz baki anggota kaki boleh menyebabkan socket lama terasa longgar. Kami boleh menilai pilihan menukar socket, liner, tapak kaki, cosmetic cover atau menaik taraf komponen tertentu selepas melihat keadaan kaki palsu anda.

WhatsApp Untuk Penilaian

DOKUMEN SOKONGAN

Perlukan sebut harga?

Kami boleh menyediakan sebut harga untuk urusan bantuan, hospital, organisasi, penaja atau kerajaan. Fadlyani Enterprise berdaftar dengan ePerolehan. Anggaran penyediaan ialah 3–5 hari bekerja, tertakluk kepada maklumat yang diterima.

Untuk permohonan, sediakan nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan dan produk yang diperlukan. Hantar maklumat peribadi hanya melalui saluran yang dipersetujui bersama kami.

Minta Sebut Harga

SOALAN LAZIM

Perkara yang sering ditanya

Keadaan setiap pengguna berbeza. Hubungi kami jika anda ingin berbincang tentang pilihan yang sesuai.

Berapa harga kaki palsu bawah lutut?

Pakej Basic berharga RM3,800 dan Pakej Comfort RM6,500. Pilihan yang sesuai bergantung pada keadaan dan keperluan pengguna.

Apa beza Pelite Liner dengan Silicone Liner?

Pelite Liner digunakan dalam sistem PTB Socket yang praktikal. Silicone Liner pula boleh dipadankan dengan Pin & Lock untuk pegangan prostesis yang lebih kemas. Kami boleh terangkan pilihan mengikut keadaan baki anggota kaki anda.

Adakah kaki palsu dibuat mengikut ukuran?

Ya. Setiap kaki palsu dibuat secara custom berdasarkan ukuran dan keadaan individu.

Saya dah ada kaki palsu. Boleh tukar socket sahaja?

Boleh dipertimbangkan. Kami perlu melihat socket dan komponen yang anda gunakan sekarang terlebih dahulu.

Saya tak pasti nak pilih Basic atau Comfort.

Tak mengapa. WhatsApp kami dan kami akan terangkan perbezaan kedua-dua sistem sebelum anda membuat keputusan.

Perlu buat temujanji?

Temujanji digalakkan supaya kami dapat menyediakan masa untuk penilaian dan ukuran.

LOKASI KAMI

Datang ke Fadlyani Enterprise

9, Lorong Batu Nilam 34/1,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang, Selangor

Lawatan dan penilaian mengikut temujanji.

Buka Google Maps

Tak Pasti Kaki Palsu Mana Yang Sesuai?

Ceritakan keadaan dan keperluan anda. Kami akan bantu terangkan pilihan yang tersedia sebelum anda membuat keputusan.

WhatsApp Fadlyani Enterprise

HUBUNGI KAMI

Ada pertanyaan? Tinggalkan mesej.

Isi borang ini dan pasukan kami akan menghubungi anda semula. Untuk bantuan segera, hubungi kami melalui WhatsApp.

fadlyanienterprise@gmail.com
018-239 8107 · 011-1194 9975

Ikuti kami · @sipembuatkakipalsu
Alamat kedai
9, Lorong Batu Nilam 34/1,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200 Klang, Selangor
Mengikut temujanji

Elakkan memasukkan nombor kad pengenalan atau maklumat perubatan terperinci dalam borang ini.